- PENANGGUHAN MISA HARIAN DAN MISA HARI MINGGU
Bagi SOP terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, sila rujuk di laman web paroki: http://www.stanthonybintulu.org
2. TAHUN SANTO YUSUF
Pope Francis telah mengisythiharkan Tahun Santo Yusuf, iaitu dari 8 Disember 2020 hingga 8 Disember 2021. Hari Perayaan Santo Yusuf jatuh pada 19 Mac 2021. Sebagai persiapan untuk ini, akan ada 9 malam Novena kepada Santo Yusuf dari 10 hingga 18 Mac 2021. Jadual Novena dalam talian adalah seperti berikut:
| Masa | Bahasa | Tempat |
| 7.30 pm | English | St. Anthony, Bintulu |
| 7.30 pm | Mandarin | St. Dominic and the Rosary, Taman Tunku |
| 8.30 pm | Iban | St. Anthony, Bintulu |
| 8.30 pm | BM | St. Dominic and the Rosary, Taman Tunku |
Sila rujuk kepada laman Facebook atau saluran YouTube setiap paroki yang berkenaan.
Lilin, kad doa dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk Tahun Santo Yusuf ada dijual di kedai buku paroki. Sila dapatkan untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing bagi digunakan untuk berdoa bersama-sama.
Kita akan membacakan Doa Santo Yusuf sebelum pemberkatan penutup pada setiap misa hari minggu bermula dari minggu ini.
3. JALAN SALIB
Jalan Salib diadakan pada setiap hari Jumaat sepanjang musim Pra-paska. Disebabkan oleh Novena kepada Santo Yusuf, terdapat beberapa perubahan masa Jalan Salib dalam talian untuk Jumaat ini (12 Mac 2021):
| Masa | Bahasa | Tempat |
| 5.30 pm | Iban | St. Dominic and the Rosary, Taman Tunku |
| 5.30 pm | English | St. Anthony, Bintulu |
| 6.30 pm | BM | St. Dominic and the Rosary, Taman Tunku |
| 6.30 pm | Mandarin | St. Anthony, Bintulu |
Sila rujuk kepada laman Facebook atau saluran YouTube setiap paroki yang berkenaan.
4. MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN KUPON CABUTAN PASKA 2021
Setakat minggu ini, paroki telah menjual kupon dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 175,080.00. Pihak gereja berterima kasih kepada semua yang telah seikhlas hati membeli kupon-kupon tersebut dan berharap akan lebih ramai lagi yang akan membantu menjual baki kupon yang ada. Kita ada 1 bulan lagi sehingga tarikh cabutan iaitu pada 10 April 2021 untuk mengumpul dana pembinaan katedral baru kita. Kupon boleh didapati di pejabat paroki.
5. RAYUAN PRAPASKA 2021 (LENTEN APPEAL)
Bagi sesiapa yang mahu menyumbang kepada Rayuan Prapaska, anda boleh datang ke pejabat paroki atau berhubung melalui Whatsapp paroki di talian 016-2248126 dengan menghantar nama anda beserta “screenshot” slip bank kemasukan sumbangan anda ke akaun paroki sebelum 30 Jun 2021. Sumbangan derma yang bernilai RM100 ke atas layak untuk mendapat pengecualian cukai. Sila maklumkan pihak pejabat paroki sekiranya anda memerlukan resit untuk tujuan pengecualian cukai.
6. PERJUMPAAN MELALUI ZOOM
Paroki kita telah melanggan akaun mesyuarat zoom yang boleh digunakan oleh mana-mana kumpulan atau ministri di dalam paroki yang ingin berkumpul dalam talian untuk sebarang aktiviti paroki seperti perkongsian Alkitab atau “cellgroup”, doa rosari, doa kerahiman Ilahi, kelas dalam talian (pembaptisan, penguatan, komuni kudus pertama atau pra-perkahwinan) dan perjumpaan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila datang ke pejabat paroki dan tempah tarikh dan masa untuk anda menganjurkan perjumpaan zoom.
7. UCAPAN TERIMA KASIH DAN PENGHARGAAN
Bermula dari 1 Mac 2021, saudara kita Peter Chiam dan Victor Bong yang telah setia melayani di pejabat paroki Gereja St. Anthony, Bintulu akan bersara. Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka atas kerja keras dan pengorbanan mereka kepada komuniti paroki selama ini dan berdoa agar Tuhan memberkati mereka semasa persaraan mereka.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
