NOTIS GEREJA HARI MINGGU PASKA KE-3 (18 APRIL 2021)

  1. KURSUS DALAM TALIAN

Kelas atau kursus secara dalam talian untuk Komuni Kudus Pertama (bagi kanak-kanak tahun 5 dan 6), Pra-Perkahwinan dan NFP akan bermula pada bulan Mei. Sila mendaftar (Nama dan Bahasa pilihan anda) melalui whatsapp paroki di talian (0162248126). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk kepada laman web paroki.   

2. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan April adalah pada hari Jumaat, 30 April 2021 pada pukul 7.00 pagi semasa misa harian dalam talian. Sila mendaftar sebelum hari Rabu, 28 April 2021. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk kepada laman web paroki.

3. RAYUAN PASKA (LENTEN APPEAL) DAN SUMBANGAN DERMA UNTUK HOLY LAND

Jumlah terkumpul untuk Rayuan Paska = RM 26,000.00

Jumlah terkumpul untuk Holy Land = RM 1,500.00

Tarikh tutup untuk memberi sumbangan Rayuan Paska dan Holy Land adalah pada 1 Jun 2021. Bagi sesiapa yang masih berniat untuk menderma, sila masukkan rujukan “Lenten Appeal” atau “Holy Land” di dalam transaksi online anda kepada akaun paroki.

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *