- Projek Bantuan MCO 5 + 2 anjuran CARITAS
Caritas Miri bertanggungjawab untuk melihat misi sosial dalam Keuskupan Miri dengan menolong mereka yang memerlukan. Ramai yang telah terkesan oleh wabak ini dan pelaksanaan PKP. Kita dapat membantu dengan menyumbangkan makanan atau wang tunai ke Pejabat Paroki dan sumbangan tersebut akan disalurkan melalui Caritas kepada mereka yang memerlukan bantuan. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk halaman FB paroki atau hubungi Pejabat Paroki di 0162248126.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
