NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE-19 (08HB AUGUST 2021)

  1. PEMBUKAAN SEMULA GEREJA

Bermula 23 Julai, UNIFOR telah mengemaskini SOP yang membenarkan gereja-gereja untuk dibuka semula dengan kapasiti maksimum seramai 50 orang sahaja.      

  • Umat yang ingin menghadiri misa wajib telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.   
  • Walk-in adalah tidak dibenarkan. Tempahan tempat adalah wajib. Panggilan telefon juga tidak dibenarkan. Hanya Whatsapp dan SMS akan diterima dengan menyatakan butiran berikut: Nama, Tarikh dan Masa Misa Hari Minggu yang dipilih. Maksimum 2 orang sahaja pada setiap pendaftaran.  
  • Tempahan untuk Misa Hari Minggu adalah pada hari Rabu – Jumaat (8.30am – 5.00pm) dan tempahan untuk Misa Harian adalah pada hari Isnin – Jumaat (8.30am – 5.00pm) sahaja.
  • Nombor pengesahan tempahan akan dihantar kepada anda untuk mengesahkan pendaftaran anda. Sila tunjukkan nombor pengesahan tempahan ini di kaunter pendaftaran gereja sebelum misa.
  • Oleh kerana kapasiti adalah terhad, kami menggalakkan agar umat yang telah mengikuti misa harian untuk memberi peluang kepada umat yang lain untuk menghadiri misa hari minggu.
  • Jadual misa beserta nombor untuk dihubungi adalah seperti di bawah. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk di halaman FB dan laman web paroki.

2. Bermula dengan minggu ini, kedai buku paroki akan dibuka setiap Ahad dari 8 pagi hingga 1 petang dan akan ditutup setiap Isnin.  Dari Selasa hingga Sabtu, kedai buku paroki akan dibuka mengikut waktu pejabat yang biasa.    

3. KURSUS ONLINE RCIA DAN PENGUATAN UNTUK ORANG DEWASA

Pendaftaran untuk Kursus Online RCIA dan Penguatan dalam Bahasa Malaysia sedang dibuka untuk orang dewasa yang ingin menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan.  Kursus Online akan bermula pada awal bulan September.  Untuk mendaftar, sila hantar nama melalui Whatsapp ke nombor telefon paroki di 0162248126.  

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *