NOTIS GEREJA HARI MINGGU ADVEN KE-1 (28HB November 2021)

  • KEHADIRAN SEMASA MISA DITAMBAH KE 200 ORANG

Bermula dari 28 November 2021 (Hari Minggu Adven yang Pertama), kita akan menambahkan kehadiran semasa Misa dari 100 ke 200 orang untuk semua Misa (termasuk Misa harian) di Gereja St. Anthony dan Stella Maris.  Akan tetapi, para umat masih perlu membuat penempahan (booking) untuk Misa Hari Minggu seperti biasa.  Untuk Misa Perkahwinan dan Pengebumian, kehadiran maksimum masih kekal 100 orang sahaja.   

  • SOALAN TINJAUAN UNTUK SYNOD PARA USKUP

Kertas soalan tinjauan ini boleh didapati di pintu masuk Gereja.  Sila kembalikan soalan tinjauan yang telah dijawab ke dalam kotak synod (di pintu masuk Gereja) atau ke Pejabat Paroki sebelum 1 Januari 2022.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan notis Gereja.

Kita akan mengadakan Misa di Gereja St. Anthony dan Stella Maris, setiap Rabu, jam 7 malam, diikuti dengan Jam Kudus (Holy Hour) pada 7.30 malam, bermula Rabu ini, 1 Disember 2021.  Misa pagi Rabu di Gereja St. Anthony adalah seperti biasa pada jam 7 pagi.

  • PENCALONAN UNTUK AHLI MAJLIS PAROKI YANG BAHARU

Borang pencalonan akan diedarkan hari ini oleh para warden selepas Misa.  Sila kembalikan borang ini dengan meletakkannya di dalam kotak pencalonan di pintu masuk Gereja pada hari ini atau Hari Minggu hadapan, 5 Disember 2021, atau menghantar ‘snapshot’ borang ini ke nombor paroki 0162248126.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke papan notis Gereja.     

  • PENGAKUAN SEMASA MUSIM ADVEN 

Mulai Hari Minggu hadapan, 28 November 2021, para paderi akan bersedia untuk mendengar pengakuan dosa di bilik pengakuan dosa, 30 minit sebelum setiap Misa Hari Minggu.  Pada hari biasa, para paderi akan bersedia untuk mendengar pengakuan dosa pada pukul 6 pm atau 30 minit sebelum Misa Harian 6.30 pm di Gereja St. Anthony.  Para umat juga dapat pergi ke Pejabat Paroki semasa waktu bekerja yang biasa untuk membuat pengakuan dosa. 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *