(22HB MEI 2022)
- HARI GAWAI
Tarikh: 24 Mei 2022 (Selasa)
Tempat: Gereja St. Anthony
Masa: 8.00 pm
Semua adalah dijemput untuk datang dan memberi kesyukuran kepada Tuhan.
- SOLEMNITI KENAIKAN TUHAN
Kenaikan Tuhan adalah Hari Raya Wajib dan jadual Misa adalah seperti berikut:
| Tarikh | Gereja | Masa | Bahasa |
| Rabu (25/5) | Gereja St. Anthony | 8.00 pm | English |
| Gereja Stella Maris | 8.00 pm | BM | |
| Khamis | Gereja St. Anthony | 7.00 am | English |
| (26/5) | Gereja St. Anthony | 8.00 pm | Iban |
| Gereja Stella Maris | 8.00 pm | English |
*Holy Hour pada Rabu 25/5 di Gereja St. Anthony dan Stella Maris dibatalkan.
- MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 27 Mei 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony. Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Rabu, 28 April 2022.
- NOVENA KEPADA ROH KUDUS IN BM
Tarikh: 27 Mei (Jumaat) – 4 Jun 2022 (Sabtu)
Tempat: Gereja St. Anthony
Masa: 7.30 pm
Buku yang akan digunakan semasa Novena ini boleh didapati dari Kedai Buku Paroki atau dari ketua BM home cell group dengan harga RM 4 senaskah. Buku I mengandungi doa-doa Novena manakala Buku II mengandungi 9 ajaran tentang tema: “Berkenalan dengan Roh Kudus”. Marilah kita berdoa untuk pencurahan Roh Kudus ke atas keluarga dan paroki kita.
- MISA PENGUATAN GABUNGAN OLEH USKUP RICHARD NG DALAM BM
Tarikh: 12 Jun 2022
Masa: 10.00 am
Tempat: Gereja St. Anthony
Oleh itu, Misa Iban jam 9 pagi dan Misa BM jam 11.30 pagi dibatalkan pada 12 Jun 2022.
- LATIHAN UNTUK SEMUA CALON PENGUATAN
Latihan atau ‘rehearsal’ untuk semua calon Penguatan (Pengentap) orang dewasa dalam BM dan Iban akan diadakan pada:
Tarikh: 22 Mei 2022 (Ahad)
Masa: 5.00 pm
Tempat: Gereja St. Anthony
Semua calon Penguatan (Pengentap) wajib hadir untuk latihan tersebut.
- PENDAFTARAN BAHARU UNTUK RCIA 2022
Kami mengalakkan mereka yang berminat untuk menjadi seorang Katolik untuk mendaftar dan mengikuti kursus RCIA yang akan bermula dalam bulan Julai. Anda boleh mendaftar melalui WhatsApp ke nombor paroki (0162248126) atau datang dengan sendiri ke Pejabat Paroki semasa waktu bekerja. Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 26 Jun 2022.
- SEKOLAH MINGGU
Sekolah Minggu akan tutup pada 29 Mei 2022 (Hari Minggu hadapan) dan akan dibuka semula pada 19 Jun 2022.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
