HARI MINGGU BIASA KE-20

(14HB OGOS 2022)

  1. JADUAL MISA HARI RAYA BONDA MARIA DIANGKAT KE SYURGA
TarikhTempatMasaBahasa
15 OgosGereja St. Anthony7.00 amInggeris
(Isnin)Gereja St. Anthony7.30 pmIban
 Gereja Stella Maris7.30 pmBM
  1. PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR

Tiada misa harian dan holy hour di Gereja St. Anthony pada hari Rabu ini (24 Ogos 2022) kerana semua paderi akan berada di Miri untuk mesyuarat bulanan.  Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis (25 Ogos 2022) jam 7 pagi. 

  1. MISA PENGUATAN UNTUK PARA REMAJA

Tarikh:       20 Ogos 2022 (Sabtu)

Tempat:      Gereja St. Anthony

Masa:         3.00 pm

Semua umat adalah dijemput untuk menyertai Misa ini dan berdoa supaya para remaja kita dicurahkan dengan kurnia Roh Kudus. 

  1. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 26 Ogos 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony.  Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Rabu, 24 Ogos 2022. 

  1. KUNJUNGAN KE RUMAH OLEH PARA PADERI

Tujuan kunjungan ke rumah ini adalah supaya para paderi di paroki ini dapat mengenali para umat dengan lebih baik dan berdoa untuk keperluan mereka.  Kepada keluarga yang ingin para paderi untuk mengunjungi rumah mereka, sila hubungi kami melalui WhatsApp (0198556560) dengan memberitahu kami nama, alamat dan bahasa yang dipilih untuk kunjungan ini supaya kita dapat bersama menetapkan masa yang sesuai untuk kunjungan ini.    

Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *