HARI MINGGU BIASA KE-29

(16HB OKTOBER 2022)

  1. PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR

Tiada misa harian dan holy hour di Gereja St. Anthony pada hari Rabu ini (19 October 2022) kerana semua paderi akan berada di Miri untuk mesyuarat bulanan.  Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis (20 October 2022) jam 7 pagi. 

  1. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 28 Oktober 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony.  Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Rabu, 26 Oktober 2022. 

  1. PERJUMPAAN DOA ROSARI DAN FELLOWSHIP BAGI MUDA-MUDI

Tempat:  Magnificat Centre, Parkcity

Tarikh:    28 Oktober 2022 (Jumaat)

Masa:      7.30 pm

Semua muda-mudi digalakkan untuk ikut serta.  Sila bawa hidangan ringan untuk dikongsikan bersama selepas doa Rosari. 

  1. PERARAKAN UNTUK BONDA MARIA 

Sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan untuk bulan Oktober, bulan Rosari ini, kita akan mengadakan satu perarakan untuk Bonda Maria. 

Tarikh:    30 Oktober 2022 (Hari Minggu)

Tempat:  Gereja Stella Maris

Masa:      5.30 – 7.30 pm.  Kita akan berkumpul di Gereja Stella Maris untuk doa pembukaan dan diikuti dengan perarakan.  Semua keluarga dijemput untuk datang dan ikut serta dengan berdoa Rosari dan menyanyikan lagu kepada Bonda Maria semasa perarakan ini.

Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *