- PENANGGUHAN MISA HARIAN DAN MISA HARI MINGGU
Menurut SOP terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) dan UNIFOR, gereja hanya boleh dibuka untuk doa dan sembahyang bagi kawasan-kawasan Zon Hijau dan Kuning sahaja dengan jumlah maksima seramai 100 orang pada satu-satu masa. Memandangkan Bintulu masih di dalam lingkungan Zon Merah, kita belum dibolehkan untuk membuka gereja kepada umum.
2. MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan bagi bulan Februari adalah pada hari Jumaat, 26 Februari 2021 pada pukul 7 pagi semasa misa harian atas talian. Sila mendaftar di pejabat paroki atau melalui aplikasi Whatsapp nombor paroki di talian 016-2248126 dengan menghantar nama-nama arwah beserta dengan “screenshot” slip bank kemasukan bayaran persembahan kepada akaun paroki (St. Anthony’s Church Fund, Maybank Account Number: 511065519336) sebelum hari Rabu, 24 Februari 2021.
3. JALAN SALIB
Adalah dimaklumkan Jalan Salib akan diadakan secara atas talian sepanjang musim Pra-Paska seperti ketetapan berikut:
| 7:30 PM | BAHASA INGGERIS | KATHEDRAL ST. JOSEPH, MIRI |
| 7:30 PM | BAHASA IBAN | GEREJA ST. DOMINIC & THE ROSARY, TAMAN TUNKU |
| 7:30 PM | BAHASA CINA | GEREJA ST. ANTHONY, BINTULU |
| 8:30 PM | BAHASA MALAYSIA | KATHEDRAL ST. JOSEPH, MIRI |
Sila rujuk kepada laman Facebook dan Youtube gereja untuk setiap paroki yang ditetapkan.
4. MEMOHON BANTUAN BAGI MENJUAL KUPON CABUTAN PASKAH 2021
Pihak gereja memohon kerjasama semua umat untuk membantu menjual kupon Cabutan Paskah kepada kenalan dan rakan-rakan sekerja masing-masing yang di luar daripada perkumpulan gereja. Kita mempunyai sekurang-kurangnya 2 bulan lagi sebelum tarikh cabutan pada 10 April 2021 untuk mengumpul dana bagi pembinaan katedral baru kita. Untuk keterangan lebih lanjut, sila berhubung dengan pejabat paroki di talian 086-312184 atau melalui aplikasi Whatsapp nombor paroki di talian 016-2248126. Dimaklumkan juga semenjak tahun 2020, paroki telah menjual kupon-kupon sebanyak RM50,000. Pihak gereja berterima kasih kepada semua yang telah membeli kupon-kupon tersebut dengan ikhlas dan berharap lebih ramai lagi yang turut membantu untuk menjual baki kupon-kupon yang masih ada.
5. LENTEN APPEAL 2021
Pra-paska adalah masa untuk bersedekah. Pihak gereja menggalakkan para umat untuk menderma seikhlas hati kepada Perkhidmatan Kebajikan Katolik (Catholic Welfare Services) bagi orang-orang miskin dan yang memerlukan di dalam Keuskupan Miri. Bagi sesiapa yang ingin menderma melalui Lenten Appeal ini, sila datang ke pejabat paroki atau berhubung dengan pihak gereja melalui aplikasi Whatsapp nombor paroki di talian 016-2248126 dengan menghantar nama anda beserta dengan “screenshot” slip bank kemasukan nilai derma anda ke dalam akaun paroki sebelum 30 Jun 2021. Derma yang bernilai RM100 ke atas layak mendapat pengecualian cukai. Sila maklumkan pihak pejabat paroki sekiranya anda memerlukan resit untuk tujuan pengecualian cukai.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
