- KURSUS ONLINE PRA-PERKAHWINAN DALAM BM
Tarikh: 26 Februari 2022 (Sabtu)
Pasangan yang ingin menghadiri kursus ini boleh mendaftar di Pejabat Paroki sebelum Rabu, 23 Februari 2022.
- MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 25 Februari 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony. Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Rabu, 23 Februari 2022.
- HARGA LUBANG KUBUR ORANG DEWASA YANG BAHARU
Bermula dari 1 Mac 2022, harga untuk satu lubang kubur orang dewasa akan meningkat dari RM 4550 ke RM 5000 (sama harga dengan lubang kubur di Miri). Ini adalah disebabkan oleh peningkatan kos bahan binaan dan penyelenggaraan tanah perkuburan paroki.
- JADUAL MISA UNTUK RABU ABU
Tarikh: 2 Mac 2022
| Tempat | Masa | Bahasa |
| Gereja St. Anthony | 7.00 am 8.00 pm | Bahasa Cina Bahasa Iban |
| Gereja Stella Maris | 7.00 am 8.00 pm | Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia |
| Rumah Penampak Kristus, Sg Plan | 8.00 pm | Bahasa Iban |
- Tiada Holy Hour pada Rabu, 2 Mac 2022.
- Para umat yang masih mempunyai daun palma yang diberkati boleh menyerahkannya kepada Pejabat Paroki atau meletakkannya dalam kotak di pintu masuk Gereja minggu hadapan. Daun palma ini akan dibakar dan kemudian abunya akan digunakan pada Rabu Abu.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
