NOTIS GEREJA HARI MINGGU

MINGGU PRAPASKA YANG PERTAMA (C)

(6HB MAC 2022)

  1. JADUAL JALAN SALIB

Kita akan mengadakan Jalan Salib setiap Jumaat. 

TempatMasaBahasa
Gereja St. Anthony  5.30 pm 6.45 pm 8.00 pmB. Inggeris B. Malaysia B. Iban  
Dewan Paroki St. Anthony  6.30 pmB. Cina
Rumah Penampak Kristus, Sg Plan8.00 pmB. Iban
  • Pengakuan dosa akan diadakan 30 minit sebelum dan selepas Jalan Salib.
  • 40 HARI PRAPASKA

40 Hari Prapaska adalah buku panduan harian membaca Alkitab yang ditulis oleh Fr. Andy untuk membantu anda Membaca, Merenung dan Berdoa Firman Tuhan dalam perjalanan Prapaska.  Buku ini boleh didapati di pintu masuk Gereja atau kedai buku paroki dengan harga RM 3 senaskah.   

  • RAYUAN DANA PRAPASKAH (CWS) 2022

Perkhidmatan Kebajikan Katolik (CWS) sedang mengadakan Rayuan Dana Prapaskah tahunan untuk menyediakan penjagaan dan perkhidmatan untuk golongan miskin dan memerlukan di Keuskupan ini. Sampul surat Rayuan Dana Prapaskah akan diedarkan hari ini. Sila isikan alamat anda pada sampul surat jika anda ingin resit untuk pengecualian cukai anda dan kembalikan sampul surat bersama sumbangan dengan meletakkannya dalam bakul kutipan Misa Hari Minggu. Resit pengecualian cukai akan dikeluarkan untuk sumbangan RM100 dan ke atas. 

Anda juga boleh ‘bank-in’ sumbangan anda ke:

    “Catholic Welfare Services Council Sarawak, HONG LEONG

    ISLAMIC BANK BERHAD – Account No. 25501001819”. Sila   

    hantar resit ‘bank-in’ dan maklumat peribadi ke Saudara Joseph

    Ling (019-8851622) selaku bendahari CWS untuk mendapatkan

    resit pengecualian cukai.  Sila menyumbang dengan murah

    hati.   

  • RAYUAN UNTUK PENGLIBATAN YANG LEBIH AKTIF DALAM SOAL-SELIDIK SYNOD PARA USKUP 2023

Kami menyeru kepada semua umat belum mengambil bahagian dalam tinjauan Synod Para Uskup 2023 untuk mengisi borang soal-selidik digital.  Tarikh akhir dilanjutkan ke 1 April 2022.  Kod QR boleh didapati di papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki.  Sumbangan dan penyertaan anda adalah penting dan sangat dihargai. 

  • MENEMPAH TEMPAT DI GEREJA UNTUK MESYUARAT

Bilik mesyurat, dewan paroki, chapel dan pusat Magnificat adalah dibuka untuk penempahan oleh kumpulan yang ingin berkumpul untuk perjumpaan cell group, prayer meeting atau apa-apa aktiviti paroki.  Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Paroki. 

  • KELAS PENGUATAN UNTUK ORANG DEWASA DALAM BM

Kelas akan bermula pada Khamis, 17 Mac 2022.  Sila daftar di Pejabat Paroki sebelum Isnin, 14 Mac 2022 dengan membawa satu salinan dokumen berikut:  Sijil Lahir dan MyKad, Sijil Baptis, Sijil Komuni Pertama. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *