- PENANGGUHAN MISA HARIAN DAN MISA HARI MINGGU
Menurut SOP terkini yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC) dan UNIFOR, gereja hanya boleh dibuka untuk doa dan sembahyang bagi kawasan-kawasan Zon Hijau dan Kuning sahaja dengan jumlah maksima seramai 100 orang pada satu-satu masa. Memandangkan Bintulu masih di dalam lingkungan Zon Merah, kita belum dibolehkan untuk membuka gereja kepada umum.
2. PERTUKARAN AKAUN BANK PAROKI
Bermula minggu ini, akaun bank paroki yang baharu adalah seperti berikut:
Nama akaun : The Bishop of Miri – St. Anthony’s Church, Bintulu
Nombor akaun : 3218994713, Public Bank Berhad
Untuk sebarang urusan kewangan dengan paroki, sila gunakan akaun rasmi ini mulai sekarang. Segala kesulitan yang timbul adalah amat dikesali.
3. LAMAN WEB BARU PAROKI
Untuk siaran langsung atas talian misa harian dan misa hari minggu, renungan Firman Tuhan, notis-notis gereja dan maklumat-maklumat lain berkenaan kehidupan paroki, sila layari lawan web baru gereja di pautan: http://www.stanthonybintulu.org
4. JALAN SALIB
Adalah dimaklumkan Jalan Salib akan diadakan secara atas talian sepanjang musim Pra-Paska seperti ketetapan berikut:
| 7:30 PM | BAHASA INGGERIS | KATHEDRAL ST. JOSEPH, MIRI |
| 7:30 PM | BAHASA IBAN | GEREJA ST. DOMINIC & THE ROSARY, TAMAN TUNKU |
| 7:30 PM | BAHASA CINA | GEREJA ST. ANTHONY, BINTULU |
| 8:30 PM | BAHASA MALAYSIA | KATHEDRAL ST. JOSEPH, MIRI |
Sila rujuk kepada laman Facebook dan Youtube gereja untuk setiap paroki yang ditetapkan.
5. MAKLUMAN TERKINI BERKENAAN KUPON CABUTAN PASKA 2021
Setakat minggu ini, paroki telah menjual kupon-kupon berjumlah RM92,830.00. Pihak gereja berterima kasih kepada semua yang telah ikhlas membeli kupon-kupon tersebut dan berharap lebih ramai lagi yang akan membantu menjual baki kupon yang ada. Kita mempunyai kurang daripada 2 bulan lagi sebelum tarikh cabutan pada 10 April 2021 untuk mengumpul dana bagi pembinaan katedral baru kita. Kupon-kupon ini boleh didapati di pejabat paroki.
6. LENTEN APPEAL 2021
Bagi sesiapa yang ingin menderma kepada Lenten Appeal, anda boleh datang ke pejabat paroki atau berhubung melalui aplikasi Whatsapp nombor paroki di talian 016-2248126 dengan menghantar nama anda beserta dengan “screenshot” slip bank kemasukan wang derma ke akaun paroki sebelum 30 Jun 2021. Derma yang bernilai RM100 ke atas layak mendapat pengecualian cukai. Sila maklumkan pihak pejabat paroki sekiranya anda memerlukan resit untuk tujuan pengecualian cukai.
7. PERTANYAAN BERKENAAN VAKSINASI COVID-19
Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kedudukan gereja bagi vaksinasi Covid-19, sila rujuk kepada Surat Pastoral yang dikeluarkan oleh Persidangan Keuskupan Katolik Malaysia yang boleh didapati daripada laman web paroki.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
