NOTIS GEREJA MINGGU PRAPASKA KE-4 (14 MAC 2021)

  1. NOVENA KEPADA SANTO YUSUF

Jadual siaran langsung dalam talian untuk Novena kepada Santo Yusuf adalah seperti berikut:

MasaBahasaTempat Siaran Langsung (FB atau Youtube)
7.30 pmEnglishSt. Anthony, Bintulu
7.30 pmMandarinSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku
8.30 pmIbanSt. Anthony, Bintulu
8.30 pmBMSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku

     (Untuk masa novena dalam Bahasa lain, sila rujuk laman web paroki.) Lilin, kad doa dalam Bahasa Mandarin, Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia untuk Tahun Santo Yosef ada dijual di kedai buku paroki. Sila dapatkan untuk diri sendiri dan keluarga masing-masing bagi digunakan untuk berdoa bersama-sama

2. HARI PERAYAAN SANTO YUSUF (19 MAC 2021, JUMAAT) JADUAL MISA DALAM TALIAN

MasaBahasaTempat Siaran Langsung (FB or Youtube)
7.00 amEnglishSt. Anthony, Bintulu
7.00 amMandarinSt. Joseph’s Cathedral, Miri
7.00 amBMSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku
7.30 pmBMSt. Anthony, Bintulu
7.30 pmEnglishSt. Joseph’s Cathedral, Miri
7.30 pmIbanSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku

     (Untuk masa misa dalam Bahasa lain, sila rujuk laman web paroki.)

3. JALAN SALIB

Disebabkan oleh Misa Dalam Talian untuk Hari Perayaan Santo Yusuf, terdapat beberapa perubahan masa Jalan Salib untuk Jumaat ini (19 Mac 2021): 

MasaBahasaTempat Siaran Langsung (FB atau Youtube)
5.30 pmIbanSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku
5.30 pmEnglishSt. Anthony, Bintulu
6.30 pmBMSt. Dominic and the Rosary, Taman Tunku
6.30 pmMandarinSt. Anthony, Bintulu

     (Untuk masa Jalan Salib dalam Bahasa lain, sila rujuk laman web paroki.)

4. MAKLUMAN TERKINI KUPON CABUTAN PASKA 2021

Setakat minggu ini, paroki telah menjual kupon dengan jumlah terkumpul sebanyak RM 204,580.00.  Pihak gereja berterima kasih kepada semua yang telah seikhlas hati membeli kupon-kupon tersebut. Sila serahkan semua kupon (sama ada yang sudah atau belum terjual) kepada pejabat paroki atau kepada Mdm. Dorothy Pau pada minggu ini.

5. RAYUAN PRAPASKA 2021 (LENTEN APPEAL)

Bagi sesiapa yang mahu menyumbang kepada Rayuan Prapaska, anda boleh datang ke pejabat paroki atau berhubung melalui Whatsapp paroki di talian 016-2248126 sebelum 30 Jun 2021.

6. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan bagi bulan Mac akan diadakan pada hari Jumaat, 26 Mac 2021, iaitu ketika misa pagi pukul 7am. Sila mendaftar di pejabat paroki atau berhubung melalui Whatsapp nombor paroki di talian, 016-2248126 dengan menghantar nama arwah beserta dengan “screenshot” slip bank kemasukan wang persembahan ke akaun paroki (The Bishop of Miri – St. Anthony’s Church, Bintulu, Public Bank Account Number:  3218994713) sebelum Rabu, 24Mac, 2021.  

7. PENGAKUAN DOSA PRA-PASKA 2021

Disebabkan oleh sekatan SOP semasa, pengakuan dosa untuk Prapaska hanya akan dijalankan di pejabat paroki St Anthony bermula 15 Mac sehingga 27 Mac 2021, secara “walk-in” pada hari dan waktu berikut:
Isnin hingga Sabtu, 9.00 pagi – 12.00 tghari.

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *