NOTIS GEREJA MINGGU PRAPASKA KE-5 (21 MAC 2021)

  1. JADUAL MISA DALAM TALIAN UNTUK MINGGU KUDUS DALAM BAHASA MALAYSIA DARI GEREJA ST. ANTHONY, BINTULU
TARIKHMINGGU KUDUSMASA
28-03-2021HARI MINGGU PALMA11.30 pagi
01-04-2021HARI KHAMIS PUTIH8.30 malam
02-04-2021JALAN SALIB11.00 pagi
02-04-2021HARI JUMAAT AGUNG6.00 petang
03-04-2021MALAM PASKAH9.30 malam
04-04-2021HARI MINGGU PASKAH11.30 pagi

(Sila rujuk kepada laman web paroki untuk jadual misa minggu kudus dalam bahasa lain)

*Untuk peringatan:

  • Sila sediakan daun palma untuk diberkati semasa misa dalam talian pada hari Minggu Palma.
  • Selepas Misa Khamis Putih, kita akan adakan Jam Kudus (Holy Hour) dalam talian dari pukul 9.30 – 10.30 pm.

2. MAKLUMAN TERKINI KUPON CABUTAN PASKA 2021

Setakat minggu ini, paroki telah menjual kupon dengan jumlah sebanyak RM216,680.00 . Pihak gereja berterima kasih kepada yang telah bermurah hati membeli kupon-kupon tersebut. Tarikh Cabutan Paska adalah pada 10 April 2021

3. RAYUAN PASKA (LENTEN APPEAL) 2021

Jumlah sumbangan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM14,000.00. Terima kasih kepada yang telah bermurah hati menderma kepada Rayuan Paska. Kepada sesiapa yang masih mahu menderma, sila datang ke Pejabat Paroki  atau berhubung melalui Whatsapp paroki di talian, 016-2248126 sebelum 30 Jun 2021.

4. MISA ARWAH GABUNGAN 

Misa Arwah Gabungan untuk bulan Mac adalah pada hari Jumaat,26 Mac 2021, semasa misa harian dalam talian pada pukul 7am. Sila mendaftar sebelum hari Rabu, 24 Mac 2021. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada laman web paroki.

5. PENGAKUAN DOSA PRAPASKA 2021

Disebabkan oleh sekatan SOP semasa, pengakuan dosa musim Pra-Paska hanya akan diadakan di Pejabat Paroki St Anthony pada  22 – 27 Mac 2021, secara “walk-in” pada waktu berikut:  Isnin hingga Sabtu, 9.00 am – 12.00 tghari dan 6.00 pm – 8.00 pm.

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *