NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE-17 (25HB JULAI 2021)

  1. PEMBUKAAN SEMULA GEREJA UNTUK MISA HARI MINGGU

Satu mesyuarat di antara para paderi dan wakil-wakil daripada Prayer Group Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Iban dan Bahasa Malaysia akan diadakan pada hari Isnin (26 Julai) pada pukul 8.30pm melalui Zoom bagi membincangkan pembukaan semula gereja St. Anthony, Stella Maris dan Rumah Penampak Kristus untuk perayaan Misa Hari Minggu. Umat diminta untuk bersabar kerana pihak paroki ingin memastikan agar pengamalan SOP dapat dilaksanakan dengan baik apabila gereja dibuka kepada orang awam kelak. Maklumat lanjut akan diberitahu dalam masa terdekat.

2. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan Julai adalah pada hari Jumaat 30 Julai 2021 semasa misa dalam talian pada pukul 7.00 am. Sila mendaftar di Pejabat Paroki atau Whatsapp ke talian 0162248126 sebelum hari Rabu, 20 Julai 2021. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk di laman web paroki.

3. KURSUS PENGUATAN DALAM TALIAN

Kursus ini dibuka kepada semua pelajar sekolah menengah yang berumur 15 tahun ke atas, sudah dibaptis dan sudah menerima Komuni Kudus yang pertama. Kursus ini akan bermula pada bulan Ogos. Pendaftaran akan dibuka selama satu bulan. Sila mendaftar melalui Whatsapp dengan menghantar nama dan bahasa pilihan ke nombor paroki (0162248126).

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *