NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE- 24 (14HB SEPTEMBER 2021)

1.       Buku “Bagaimana membaca Firman Allah dengan penuh doa” dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Malaysia dan Bahasa Iban, yang ditulis oleh Amai Bishop Anthony Lee boleh didapati sekarang dengan harga RM2 senaskah.  Semua ‘home cell group’ dan sesiapa yang berminat untuk membaca Alkitab adalah digalakkan untuk mendapatkannya.  Buku ini ada dijual di meja pendaftaran semasa setiap Misa Hari Minggu, bermula dengan Hari Minggu ini.  Ia juga boleh didapati dari Pejabat Paroki semasa jam bekerja yang biasa.   

2.       Kursus Online Pra-Perkahwinan dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada Hari Sabtu, 18 September 2021.  Pasangan yang ingin mengikuti kursus ini boleh mendaftar melalui Whatsapp ke nombor telefon paroki di 0162248126.  

3.       Misa Hari Malaysia dalam Bahasa Inggeris

Tarikh: 16 September 2021 (Khamis)

Masa: 7.00 pagi (Livestream dari Gereja St. Anthony, Bintulu)

Marilah kita ikut serta dalam Misa ini dan sama-sama berdoa untuk negara kita terutamanya semasa pandemik ini.  Semoga Allah terus memberkati negara Malaysia dengan penyembuhan, damai sejahtera dan kesatuan. 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *