- KEHADIRAN SEMASA MISA DITAMBAH KE 200 ORANG
Kita akan menambahkan kehadiran semasa Misa dari 100 ke 200 orang untuk semua Misa (termasuk Misa harian) di Gereja St. Anthony dan Stella Maris. Akan tetapi, para umat masih perlu membuat penempahan (booking) untuk Misa Hari Minggu seperti biasa. Sila rujuk ke papan notis Gereja untuk nombor telefon yang boleh dihubungi bagi penempahan Misa Hari Minggu. Untuk Misa Perkahwinan dan Pengebumian, kehadiran maksimum masih kekal 100 orang sahaja.
- SOALAN TINJAUAN UNTUK SYNOD PARA USKUP
Kertas soalan tinjauan ini boleh didapati di pintu masuk Gereja. Sila kembalikan soalan tinjauan yang telah dijawab ke dalam kotak synod (di pintu masuk Gereja) atau ke Pejabat Paroki sebelum 1 Januari 2022. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan notis Gereja.
Tarikh: 8 Disember 2021 (Rabu)
Masa: 7.00 am dan 7.00 pm di Gereja St. Anthony
7.00 pm di Gereja Stella Maris
Seperti biasa pada malam hari Rabu, kita ada Jam Kudus (Holy Hour) selepas Misa di Gereja St. Anthony dan Gereja Stella Maris.
- PENGAKUAN SEMASA MUSIM ADVEN
Para paderi akan bersedia untuk mendengar pengakuan dosa di bilik pengakuan dosa, 30 minit sebelum setiap Misa Hari Minggu. Pada hari biasa, para paderi akan bersedia untuk mendengar pengakuan dosa pada pukul 6 pm atau 30 minit sebelum Misa Harian 6.30 pm di Gereja St. Anthony. Para umat juga dapat pergi ke Pejabat Paroki semasa waktu bekerja yang biasa untuk membuat pengakuan dosa.
- PENCALONAN DAN PENGUNDIAN UNTUK AHLI MAJLIS PAROKI (2022-2024)
Sila kembalikan borang pencalonan dengan meletakkannya di dalam kotak pencalonan di pintu masuk Gereja pada Hari Minggu ini, 5 Disember 2021, atau menghantar ‘snapshot’ borang ini ke nombor paroki 0162248126. Seramai 20 calon akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam kertas undi dan para umat yang berumur 18 tahun ke atas adalah dijemput untuk memilih 12 calon. Pengundian akan dilakukan sebelum Misa (iaitu semasa pendaftaran) pada Hari Minggu, 19 Disember 2021.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
