MINGGU PRAPASKA YANG KELIMA (C)

(3HB APRIL 2022)

  1. PENGAKUAN DOSA MUSIM PRAPASKA

TARIKH:    Isnin (4/4), Selasa (5/4) dan Khamis (7/4)  

TEMPAT:    Gereja St. Anthony, Bintulu

TIME:         6.30 pm – 8.30 pm

Ini adalah minggu terakhir untuk Pengakuan Dosa Musim Prapaska sebelum Minggu Kudus.  Semua umat digalakkan untuk datang dan membuat pengakuan dosa yang baik. 

  1. KEMPEN DERMA DARAH

Kita akan mengadakan kempen derma darah anjuran BM Home Cell Group di Gereja St. Anthony. 

Tarikh:      9 April 2022 (Sabtu)

Tempat:    Dewan John Van De Laar

Masa:        8.00 am – 12.00 pm

Semua yang dapat menderma darah digalakkan untuk ikut serta dalam kempen ini. 

  1. HARI MINGGU PALMA

Minggu hadapan adalah Hari Minggu Palma.  Para umat diingatkan untuk membawa daun palma sendiri dan memegangnya dalam tangan semasa pemberkatan daun palma.  Tiada perhimpunan dan pemberkatan daun palma di luar Gereja semasa Hari Minggu Palma untuk mengekalkan penjarakan fizikal. 

  1. VOCATION WEEKEND

Tarikh:     6 – 8 Mei 2022

Tempat:  Gereja Mater Dei, Lutong (Miri)

Vocation Weekend atau Seminar Panggilan ini adalah terbuka kepada lepasan SPM, STPM, Diploma atau Degree dan belia bekerja.  Borang pendaftaran boleh didapati di Pejabat Paroki.  Tarikh tutup penghantaran borang adalah 24 April 2022.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan notis Gereja.

  1. MISA DAN SERVIS DALAM BM SEMASA TRIDUUM PASKA

Khamis Putih (14/4)

8.00 pm      Misa di Gereja Stella Maris diikuti dengan Adorasi Sakramen Maha Kudus sehingga 12.00 tengah malam.

Jumaat Agung (15/4)

9.00 am      Jalan Salib di Gereja Stella Maris

11.00 am    Servis Jumaat Agung di Gereja Stella Maris

1.00 pm      Servis Jumaat Agung di Gereja Stella Maris

Vigil Paska (16/4)

8.30 pm      Misa di Gereja Stella Maris

Jam Misa untuk Hari Minggu Palma dan Hari Minggu Paska adalah seperti biasa.  Untuk maklumat lanjut tentang Misa dan Servis dalam bahasa yang lain, sila rujuk ke papan notis Gereja.   

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *