MINGGU PASKA YANG KELIMA (C)

(15HB MEI 2022)

  1. KUTIPAN GEREJA MISA HARI MINGGU

Terdapat dua kutipan semasa Misa Hari Minggu di Gereja kita.  Beg kutipan berwarna merah adalah digunakan untuk kutipan pertama manakala beg kutipan berwarna hijau adalah digunakan untuk kutipan kedua. 

Kutipan Pertama adalah digunakan untuk pemeliharaan dan penyelenggaraan Gereja dan menanggung perbelanjaan seharian dalam paroki.  25% dari kutipan pertama akan diberikan kepada Keuskupan. 

Kutipan Kedua adalah digunakan untuk tujuan berikut:

  1. Dana Paderi dan Seminarian (Hari Minggu Pertama dalam bulan)
  2. Dana Wisma St. Joseph (Hari Minggu Kedua dalam bulan)
  3. Dana Majlis Paroki/Parish Council (Hari Minggu Ketiga dalam bulan)
  4. Dana Komisi Paroki (Hari Minggu Kelima dalam bulan)

Terima kasih atas sokongan dan kemurahan hati.  Semoga Tuhan terus memberkati kita semua. 

  1. MISA GAWAI

Tarikh:    24 Mei 2022 (Selasa)

Tempat:   Gereja St. Anthony

Masa:      8.00 pm

Semua adalah dijemput untuk datang dan memberi kesyukuran kepada Tuhan. 

  1. SOLEMNITI KENAIKAN TUHAN

Kenaikan Tuhan adalah Hari Raya Wajib dan jadual Misa adalah seperti berikut:

Tarikh  GerejaMasaBahasa
Rabu (25/5)Gereja St. Anthony8.00 pmEnglish
 Gereja Stella Maris8.00 pmBM
    
KhamisGereja St. Anthony7.00 amEnglish
(26/5)Gereja St. Anthony8.00 pmIban
 Gereja Stella Maris8.00 pmEnglish

*Holy Hour pada Rabu 25/5 di Gereja St. Anthony dan Stella Maris dibatalkan. 

  1. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 27 Mei 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony.  Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Rabu, 28 April 2022. 

  1. MOVIE NIGHT

Cerita “FATIMA” akan ditayangkan pada Movie Night yang dianjurkan oleh FIAT. 

Tarikh:     22 Mei 2022 (Hari Minggu)

Tempat:  Dewan Van De Laar Hall

Masa:      7.00 pm

Semua dijemput untuk datang. 

  1. NOVENA KEPADA ROH KUDUS DALAM BM

Tarikh:     27 Mei (Jumaat) – 4 Jun 2022 (Sabtu)

Tempat:   Gereja St. Anthony

Masa:      7.30 pm

Buku yang akan digunakan semasa Novena ini boleh didapati dari Kedai Buku Paroki atau dari ketua BM home cell group dengan harga RM 4 senaskah.  Buku I mengandungi doa-doa Novena manakala Buku II mengandungi 9 ajaran tentang tema: “Berkenalan dengan Roh Kudus”.  Marilah kita berdoa untuk pencurahan Roh Kudus ke atas keluarga dan paroki kita. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *