(12HB JUN 2022)
- MISA HARI RAYA ST. ANTHONY
Tarikh: 13 Jun 2022 (Isnin)
Tempat: Gereja St. Anthony
Masa: 7.00 pagi
Semua adalah dijemput untuk datang dan merayakan hari paroki kita.
- PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR
Tiada misa harian dan holy hour di Gereja St. Anthony pada hari Rabu ini (15 Jun 2022) kerana semua paderi akan berada di Miri untuk mesyuarat bulanan. Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis (16 Jun 2022) jam 7 pagi.
- MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 17 Jun 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony. Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Khamis, 16 Jun 2022.
- ADORASI 12 JAM
Tarikh: 18 Jun 2022
(Sabtu sebelum Hari Minggu Tubuh dan Darah Kristus)
Tempat: ‘Adoration Chapel’ Gereja St. Anthony
Masa: 12 tengahari – 12 tengah malam
Semua adalah dijemput untuk datang dan menyembah Tuhan dalam Sakramen Maha Kudus.
- SEKOLAH MINGGU
Sekolah Minggu akan dibuka semula pada Hari Minggu hadapan (19 Jun 2022).
- PENDAFTARAN BAHARU UNTUK RCIA 2022
Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 26 Jun 2022. Sila rujuk kepada papan notis gereja untuk maklumat lanjut.
Semoga Tuhan memberkati kita semua.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
