(4HB SEPTEMBER 2022)
- SEKOLAH MINGGU
Sekolah Minggu akan ditutup pada 4 dan 11 September dan akan dibuka semula pada 18 September 2022.
- SOALAN TINJAUAN PERHIMPUNAN PASTORAL PAROKI
Tujuan soal selidik ini adalah untuk memahami keperluan pastoral umat. Data dan maklumat dari soal selidik ini akan disalurkan ke Perhimpunan Pastoral Paroki yang akan diadakan pada tahun ini, untuk membantu merangka program dan pelayanan pastoral paroki untuk 3 tahun akan datang. Umat di Misa BM di Gereja St. Anthony akan menjawab soal selidik ini pada Misa Hari Minggu, 4 September 2022 manakala umat di Misa BM Gereja Stella Maris akan menjawab soal selidik ini pada 17 September 2022 (selepas notis Gereja).
- MUSIM PENCIPTAAN
Musim Penciptaan Tahunan bermula pada 1hb September, Hari Doa Sedunia untuk Penjagaan Ciptaan. Ini adalah masa untuk mengingati dan bertindak atas tanggungjawab kita untuk menjaga ciptaan Tuhan. Tema global tahun ini ialah “Dengar Suara Penciptaan”. Gereja di Malaysia juga memasuki tahun ke-3 “Lindungi Bumi kita, Lindungi Anak-anak kita” kempen bertemakan “Hentikan Pencemaran Plastik”. Kami menyeru semua orang untuk meraikan Musim Penciptaan dengan menghentikan pencemaran plastic di rumah dan dalam aktiviti Gereja. Bermula Hari Minggu ini, kita akan menyebutkan Doa Penciptaan 2022 selepas notis Gereja.
Semoga Tuhan memberkati kita semua.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
