- JADUAL MISA DALAM TALIAN UNTUK MINGGU KUDUS DALAM BAHASA MALAYSIA DARI GEREJA ST. ANTHONY, BINTULU
| TARIKH | MINGGU KUDUS | MASA |
| 28-03-2021 | HARI MINGGU PALMA | 11.30 pagi |
| 01-04-2021 | HARI KHAMIS PUTIH | 8.30 malam |
| 02-04-2021 | JALAN SALIB | 11.00 pagi |
| 02-04-2021 | HARI JUMAAT AGUNG | 6.00 petang |
| 03-04-2021 | MALAM PASKAH | 9.30 malam |
| 04-04-2021 | HARI MINGGU PASKAH | 11.30 pagi |
(Sila rujuk kepada laman web paroki untuk jadual misa minggu kudus dalam bahasa lain)
*Untuk peringatan:
- Sila sediakan daun palma untuk diberkati semasa misa dalam talian pada hari Minggu Palma.
- Selepas Misa Khamis Putih, kita akan adakan Jam Kudus (Holy Hour) dalam talian dari pukul 9.30 – 10.30 pm.
2. MAKLUMAN TERKINI KUPON CABUTAN PASKA 2021
Setakat minggu ini, paroki telah menjual kupon dengan jumlah sebanyak RM216,680.00 . Pihak gereja berterima kasih kepada yang telah bermurah hati membeli kupon-kupon tersebut. Tarikh Cabutan Paska adalah pada 10 April 2021.
3. RAYUAN PASKA (LENTEN APPEAL) 2021
Jumlah sumbangan terkumpul setakat ini adalah sebanyak RM14,000.00. Terima kasih kepada yang telah bermurah hati menderma kepada Rayuan Paska. Kepada sesiapa yang masih mahu menderma, sila datang ke Pejabat Paroki atau berhubung melalui Whatsapp paroki di talian, 016-2248126 sebelum 30 Jun 2021.
4. MISA ARWAH GABUNGAN
Misa Arwah Gabungan untuk bulan Mac adalah pada hari Jumaat,26 Mac 2021, semasa misa harian dalam talian pada pukul 7am. Sila mendaftar sebelum hari Rabu, 24 Mac 2021. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kepada laman web paroki.
5. PENGAKUAN DOSA PRAPASKA 2021
Disebabkan oleh sekatan SOP semasa, pengakuan dosa musim Pra-Paska hanya akan diadakan di Pejabat Paroki St Anthony pada 22 – 27 Mac 2021, secara “walk-in” pada waktu berikut: Isnin hingga Sabtu, 9.00 am – 12.00 tghari dan 6.00 pm – 8.00 pm.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
