MINGGU PASKA YANG KETIGA (C)

(1HB MEI 2022)

  1. SOP DARI JPBN BERKUATKUASA 1 MEI

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak telah mengeluarkan SOP yang baharu dan lebih longgar berkuatkuasa 1 Mei 2022.  Oleh itu, sila ambil perhatian perubahan berikut di semua gereja: 

  • Penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan. 
  • Tidak perlu untuk membuat penempahan untuk Misa.
  • Tidak perlu check-in dengan MySejahtera atau buku rekod.
  • Tidak perlu menyemak status vaksinasi
  • Tidak ada lagi Misa carpark
  • Tidak ada lagi live streaming untuk Misa
  • Akan tetapi, memakai pelitup muka masih wajib di dalam kawasan Gereja.   
  1. BULAN ROSARI

Marilah kita mengadakan Doa Rosari bersama dalam keluarga kita semasa bulan Mei untuk kedamaian dalam semua keluarga dan di seluruh dunia. 

  1. ADORASI HARI JUMAAT PERTAMA BULAN INI

Tarikh:    6 Mei 2022

Tempat:  Chapel Adorasi, Gereja St. Anthony

Masa:     12 tgh hari – 12 tgh mlm

Sila tulis nama anda atas jadual yang disediakan di papan notis gereja atau WhatsApp ke nombor paroki (0162248126) untuk memilih slot masa adorasi anda.  Para umat juga dapat menghantar doa permohonan untuk didoakan ke dalam kotak di pintu masuk Gereja atau melalui WhatsApp ke nombor paroki.  

  1. RETRET TAHUNAN PARA PADERI

Para paderi akan mengadakan retret tahunan mereka dari 9 – 13 Mei 2022 di Sibu.  Tidak ada misa dan holy hour di Gereja Stella Maris pada Rabu, 11 Mei.  Akan tetapi, misa harian dan holy hour adalah seperti biasa di Gereja St. Anthony. 

  1. SEKOLAH MINGGU

Tidak ada Sekolah Minggu pada hari ini (1 Mei) dan Hari Minggu hadapan (8 Mei) disebabkan oleh cuti sekolah.  Sekolah Minggu diadakan semula pada 15 Mei 2022. 

  1. HARI IBU

Hari Minggu hadapan (8 Mei 2022) adalah Hari Ibu.  Kita akan mengadakan doa pemberkatan khas untuk semua ibu dalam semua Misa.  Marilah kita berdoa untuk semua ibu terutamanya semasa bulan Rosari ini. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *