HARI MINGGU TRITUNGGAL MAHA KUDUS

(12HB JUN 2022)

  1. MISA HARI RAYA ST. ANTHONY

Tarikh:       13 Jun 2022 (Isnin)

Tempat:      Gereja St. Anthony

Masa:         7.00 pagi

Semua adalah dijemput untuk datang dan merayakan hari paroki kita. 

  1. PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR

Tiada misa harian dan holy hour di Gereja St. Anthony pada hari Rabu ini (15 Jun 2022) kerana semua paderi akan berada di Miri untuk mesyuarat bulanan.  Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis (16 Jun 2022) jam 7 pagi. 

  1. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan ini akan diadakan pada Jumaat, 17 Jun 2022 di Misa Harian, 7 pagi di Gereja St. Anthony.  Sila daftar nama para arwah dan persembahan anda di Pejabat Paroki atau Whatsapp 0162248126 sebelum Khamis, 16 Jun 2022.

  1. ADORASI 12 JAM

Tarikh:       18 Jun 2022

(Sabtu sebelum Hari Minggu Tubuh dan Darah Kristus)

Tempat:      ‘Adoration Chapel’ Gereja St. Anthony

Masa:         12 tengahari – 12 tengah malam

Semua adalah dijemput untuk datang dan menyembah Tuhan dalam Sakramen Maha Kudus. 

  1. SEKOLAH MINGGU

Sekolah Minggu akan dibuka semula pada Hari Minggu hadapan (19 Jun 2022). 

  1. PENDAFTARAN BAHARU UNTUK RCIA 2022

Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 26 Jun 2022.  Sila rujuk kepada papan notis gereja untuk maklumat lanjut.   

Semoga Tuhan memberkati kita semua.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *