- PANDUAN TERKINI UNTUK MENGIKUTI MISA
Bermula pada bulan Oktober 2021, para umat, termasuk para remaja yang ingin mengikuti Misa Hari Minggu mesti telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Sila hantar sijil vaksinasi apabila anda membuat tempahan untuk Misa.
- KEHADIRAN DALAM MISA
Kami memohon kepada semua yang telah menempah Misa Hari Minggu supaya hadir ke Misa tersebut. Jika anda tidak dapat datang, sila hubungi orang yang mengendalikan tempahan supaya tempat anda dapat diberikan kepada orang lain.
Memandangkan bahawa pihak yang berkuasa telah berhenti membuat ‘contact tracing’, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan bahawa kita semua selamat dan sihat sepanjang masa.
Jika anda telah berada dalam kontek rapat dengan kes positif Covid, sila amalkan kuarantin sendiri selama 2 minggu, buat ujian saringan dan diminta untuk tidak datang ke Misa. Jika anda adalah tidak sihat atau mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, selesema atau kesukaran bernafas, diminta untuk tidak datang ke Misa.
Memandangkan kapasiti maximum pada masa ini masih 50 orang sahaja, maka adalah digalakkan untuk tidak membuat penempahan untuk setiap Misa Hari Minggu supaya memberi peluang kepada orang yang lain untuk membuat penempahan untuk Misa. Kita harus berprihatin kepada orang lain yang ingin juga untuk pergi ke Gereja, termasuk para remaja yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Kami mengalakkan mereka yang ingin menerima Komuni Kudus untuk menghadiri Misa Harian (7 pagi dengan penempahan dan 6.30 petang walk-in) di Gereja St. Anthony.
- PEMINDAHAN PADERI
Bermula dari 3 November 2021, Fr. Damian akan dipindahkan ke paroki Good Shepherd, Marudi sebagai Rektor. Dia telah melayani di Gereja St. Anthony, Bintulu sejak Julai 2019. Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menghantar Fr. Damian untuk melayani di paroki kita dan berdoa agar Tuhan terus memberkati kehidupan dan pelayanannya di paroki yang baru. Dia akan diganti oleh Fr. John Ciril, seorang paderi Mill Hill dari India yang sedang melayani di Lapok.
Untuk maklumat lanjut tentang semua pengumuman Gereja, sila rujuk ke lawan web dan FB paroki.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
