NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE- 29 (17HB Oktober 2021)

  • PANDUAN TERKINI UNTUK MENGIKUTI MISA

Bermula pada bulan Oktober 2021, para umat, termasuk para remaja yang ingin mengikuti Misa Hari Minggu mesti telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.  Sila hantar sijil vaksinasi apabila anda membuat tempahan untuk Misa.    

  • KEHADIRAN DALAM MISA

Kami memohon kepada semua yang telah menempah Misa Hari Minggu supaya hadir ke Misa tersebut.  Jika anda tidak dapat datang, sila hubungi orang yang mengendalikan tempahan supaya tempat anda dapat diberikan kepada orang lain. 

Memandangkan bahawa pihak yang berkuasa telah berhenti membuat ‘contact tracing’, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan bahawa kita semua selamat dan sihat sepanjang masa. 

Jika anda telah berada dalam kontek rapat dengan kes positif Covid, sila amalkan kuarantin sendiri selama 2 minggu, buat ujian saringan dan diminta untuk tidak datang ke Misa.  Jika anda adalah tidak sihat atau mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, selesema atau kesukaran bernafas, diminta untuk tidak datang ke Misa. 

Memandangkan kapasiti maximum pada masa ini adalah 100 orang sahaja, maka adalah digalakkan untuk tidak membuat penempahan untuk setiap Misa Hari Minggu supaya memberi peluang kepada orang yang lain untuk membuat penempahan untuk Misa.  Kita harus berprihatin kepada orang lain yang ingin juga untuk pergi ke Gereja, termasuk para remaja yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.  Kami mengalakkan mereka yang ingin menerima Komuni Kudus untuk menghadiri Misa Harian di Gereja St. Anthony (Isnin-Sabtu, 7.00 pagi dan Isnin-Jumaat, 6.30 petang secara walk-in).     

  • PEMINDAHAN PADERI

Bermula dari 3 November 2021, Fr. Damian akan dipindahkan ke paroki Good Shepherd, Marudi sebagai Rektor.  Dia telah melayani di Gereja St. Anthony, Bintulu sejak Julai 2019.  Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan kerana menghantar Fr. Damian untuk melayani di paroki kita dan berdoa agar Tuhan terus memberkati kehidupan dan pelayanannya di paroki yang baru.  Dia akan diganti oleh Fr. John Ciril, seorang paderi Mill Hill dari India yang sedang melayani di Lapok.      

  • PENJUALAN BUNGA SEMPENA MEMPERINGATI PARA ARWAH

Ladies Sacristan (Gereja St. Anthony, Bintulu) akan mengadakan penjualan bunga sempena memperingati para arwah.  Bagi sesiapa yang ingin membuat penempahan (booking), boleh hubungi:

Pn. Lidwina Manis  (019-8151030)

Pn. Lucy Lagai    (014-8998397)

Penempahan boleh dilakukan bermula 30 October 2021 – 1 November 2021.  Tempahan yang telah siap boleh diambil dari Dewan St. Anthony pada 1 November dari 10 pagi – 5 petang.

  • PENDAFTARAN MASUK KE TADIKA KATOLIK BAGI TAHUN 2022

Tadika St. Anthony dan Tadika Santa Maria sekarang  dibuka untuk pendaftaran bagi Tahun 2022.  Kami mengalu-alukan kanak-kanak yang lahir pada tahun 2016, 2017 dan 2018 untuk mendaftar. Untuk keterangan lanjut, sila berhubung dengan Guru Besar berkenaan untuk pendaftaran.

  • Tadika St. Anthony (Bintulu): Pn. Magdaline May di: 086-315178,  017-8597729
  • Tadika Santa Maria (Sungai Plan): Pn. Regina Salleh di: 010-9663735

Untuk maklumat lanjut tentang semua pengumuman Gereja, sila rujuk ke lawan web dan FB paroki.

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *