- SOP UNTUK MISA HARI MINGGU YANG TELAH DIKEMASKINI
- Kapasiti baharu untuk kehadiran Misa adalah 400 orang di Gereja St. Anthony dan 350 orang di Gereja Stella Maris. Oleh itu, bermula dengan Misa Hari Minggu ini (16/1), para umat tidak perlu lagi membuat penempahan (booking) untuk Misa. Mereka dapat datang (walk-in) dan terus mendaftar di pintu masuk Gereja. Apabila kapasiti telah dicapai, maka kita akan kembali menggunakan cara penempahan (booking) semula.
- Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun adalah dibenarkan untuk datang ke Gereja dengan syarat mereka ditemani oleh seorang dewasa yang telah divaksinasi sepenuhnya.
- DANA BANTUAN BANJIR KEBANGSAAN
Gereja Katolik di Malaysia melalui Caritas sedang mengumpulkan dana untuk membantu mangsa banjir. Kita akan mengadakan kutipan khas untuk dana ini dalam Misa Hari Minggu ini. Para umat boleh menderma dengan meletakkan derma ke dalam kotak derma yang didapati di pintu masuk Gereja.
- MAJLIS PAROKI BAHARU 2022-2024
15 orang ahli Majlis Paroki yang baharu adalah:
| Dorothy Pau | Daniel Sedau | Jacqueline Kong |
| Maria Deng | Freddy Jacob | Hillary Mawan |
| George Anturan | Anthony Kiai | Paul Siew |
| Henry Layu | Cecilia Mutek | Maydeline Ijon |
| Francis Kalang | James Tang | Jaffery Embit |
Marilah kita berdoa semoga semua ahli Majlis Paroki yang baharu ini dipenuhi dengan kuasa Roh Kudus supaya dapat berjalan bersama-sama dan bekerjasama untuk membina kerajaan Allah di paroki kita.
- REKOLEKSI UNTUK PARA PEMBACA
Kita menjemput semua pembaca Misa BM untuk menyertai rekoleksi untuk pembaca yang akan diadakan secara online (live-streaming dari St. Joseph’s Cathedral, Miri) pada Hari Minggu (16 Januari 2022), pukul 2.30 pm. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke Youtube atau laman FB mereka.
Hari Minggu hadapan, iaitu 23 Januari 2022 adalah Hari Minggu Firman Tuhan. Kita akan mengadakan pemberkatan para pembaca di semua Misa Hari Minggu. Marilah kita berdoa untuk semua pembaca Misa di paroki kita, supaya mereka dapat mewartakan Sabda Tuhan dalam kuasa Roh Kudus.
- PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR
Disebabkan oleh mesyuarat bulanan para paderi pada Rabu ini, (19 Januari 2022), tiada Misa Harian dan Holy Hour di Gereja St. Anthony dan Gereja Stella Maris. Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis ini.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG NOTIS INI, SILA RUJUK KE PAPAN NOTIS GEREJA.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
