- JADUAL MISA UNTUK RABU ABU
Tarikh: 2 Mac 2022
| Tempat | Masa | Bahasa |
| Gereja St. Anthony | 7.00 am 8.00 pm | Bahasa Cina Bahasa Iban |
| Gereja Stella Maris | 7.00 am 8.00 pm | Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia |
| Rumah Penampak Kristus, Sg Plan | 8.00 pm | Bahasa Iban |
- Tiada Holy Hour pada Rabu, 2 Mac 2022.
- Kepada mereka yang tidak sempat mengikuti Misa Rabu Abu, pemberian abu juga akan dilakukan selepas semua Misa Hari Minggu Prapaska yang pertama (6 Mac 2022).
- JADUAL JALAN SALIB
Setiap Jumaat, bermula 11 Mac 2022 hingga 8 April 2022, kita akan mengadakan Jalan Salib.
| Tempat | Masa | Bahasa |
| Gereja St. Anthony | 5.30 pm 6.45 pm 8.00 pm | B. Inggeris B. Malaysia B. Iban |
| Dewan Paroki St. Anthony | 7.30 pm | B. Cina |
| Rumah Penampak Kristus, Sg Plan | 8.00 pm | B. Iban |
- 40 HARI PRAPASKA
40 Hari Prapaska adalah buku panduan harian membaca Alkitab yang ditulis oleh Fr. Andy untuk membantu anda Membaca, Merenung dan Berdoa Firman Tuhan dalam perjalanan Prapaska. Buku ini boleh didapati di pintu masuk Gereja dengan harga RM 3 senaskah.
- MISA CARPARK DI GEREJA ST. ANTHONY
Tarikh: 26 Mac 2022 (Saturday)
Tempat: Carpark Gereja St. Anthony
Masa: 8 pagi.
Misa Carpark ini adalah HANYA untuk mereka yang uzur, sakit, dan dalam kumpulan risiko tinggi atau belum divaksin. Booking adalah wajib (Nombor Booking: 0138112635)
- SEKOLAN MINGGU
Pendaftaran untuk Sekolah Minggu (dari Kelas Tadika hingga Kelas Penguatan) akan diadakan pada:
Tarikh: 27 Mac 2022 (Hari Minggu)
Masa: 9.30 – 10.30 am
Tempat: SK St. Anthony
Para ibubapa dikehendaki untuk membawa satu salinan dokumen berikut:
- Sijil Lahir, Sijil Baptis dan Komuni Pertama anak
- MyKad Ibubapa
- KELAS PENGUATAN UNTUK ORANG DEWASA DALAM BM
Kelas akan bermula pada Khamis, 17 Mac 2022. Sila daftar di Pejabat Paroki sebelum Isnin, 14 Mac 2022 dengan membawa satu salinan dokumen berikut: Sijil Lahir dan MyKad, Sijil Baptis, Sijil Komuni Pertama.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
