MINGGU PRAPASKA YANG KEDUA (C)

(13HB MAC 2022)

  1. JADUAL JALAN SALIB

Kita akan mengadakan Jalan Salib setiap Jumaat. 

TempatMasaBahasa
Gereja St. Anthony  5.30 pm 6.45 pm 8.00 pmB. Inggeris B. Malaysia B. Iban  
Dewan Paroki St. Anthony  6.30 pmB. Cina
Rumah Penampak Kristus, Sg Plan8.00 pmB. Iban
  • Pengakuan dosa akan diadakan 30 minit sebelum dan selepas Jalan Salib.
  1. MISA SOLEMNITI SANTO YUSUF, SUAMI SANTA PERAWAN MARIA

Tarikh:        19 Mac 2022 (Sabtu)

Tempat:      Gereja St. Anthony

Masa:         7 pagi.

Hari ini juga merupakan hari raya Keuskupan dan Katedral kita dengan Santo Yusuf sebagai santo pelindung.  Semua umat adalah digalakkan untuk datang dan merayakan solemniti ini. 

  1. RAYUAN DANA PRAPASKA (CWS) 2022

Perkhidmatan Kebajikan Katolik (CWS) sedang mengadakan Rayuan Dana Prapaska tahunan untuk menyediakan penjagaan dan perkhidmatan untuk golongan miskin dan memerlukan di Keuskupan ini. Sampul surat Rayuan Dana Prapaskah akan diedarkan hari ini.  Para umat dapat mengembalikan sampul surat bersama sumbangan dengan meletakkannya dalam kutipan Misa Hari Minggu.  Sila menyumbang dengan murah hati.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk ke papan notis Gereja.     

  1. 24 JAM UNTUK TUHAN

24 JAM UNTUK TUHAN akan bermula dari 12.00 tengahari pada Jumaat, 25 Mac 2022 hingga 12.00 tengahari pada Sabtu, 26 Mac 2022.  Ia akan diadakan di Dewan John Van de Laar.  Kami menjemput individu atau kumpulan untuk datang dan berdoa secara peribadi atau berkumpulan (seperti Puji Sembah, Rosari, Kerahiman Ilahi, Jalan Salib, atau Adorasi Sakramen Maha Kudus) dalam 24 Jam untuk Tuhan ini.  Sila tulis nama anda atas jadual yang disediakan di papan notis gereja atau WhatsApp ke nombor paroki, 0162248126 untuk memilih slot masa dan meluangkan sejam bersama dengan Tuhan.     

  1. DOA TAIZE UNTUK MUDA-MUDI

Tarikh:       3 April 2022 (Hari Minggu)

Tempat:      Dewan John Van de Laar

Masa:         7.30 pm

Untuk mendaftar, sila hubungi Jacquelin (0142859360) sebelum 27 Mac 2022.  Untuk pendaftaran online dan kod QR, sila rujuk ke papan notis Gereja.  

  1. PEMBATALAN MISA DAN HOLY HOUR HARI RABU

Tiada misa harian dan holy hour di Gereja St. Anthony dan Stella Maris pada hari Rabu ini (16 Mac 2022) kerana semua paderi akan berada di Miri untuk mesyuarat bulanan dan Misa Krisma.  Misa harian di Gereja St. Anthony akan diadakan seperti biasa pada hari Khamis (17 Mac 2022) jam 7 pagi. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *