NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE-8 (27HB Februari 2022)

  • JADUAL MISA UNTUK RABU ABU

Tarikh: 2 Mac 2022

TempatMasaBahasa
Gereja St. Anthony  7.00 am 8.00 pmBahasa Cina  Bahasa Iban
Gereja Stella Maris  7.00 am 8.00 pm Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia
Rumah Penampak Kristus, Sg Plan8.00 pmBahasa Iban
  1. Tiada Holy Hour pada Rabu, 2 Mac 2022.
  2. Kepada mereka yang tidak sempat mengikuti Misa Rabu Abu, pemberian abu juga akan dilakukan selepas semua Misa Hari Minggu Prapaska yang pertama (6 Mac 2022). 
  • JADUAL JALAN SALIB

Setiap Jumaat, bermula 11 Mac 2022 hingga 8 April 2022, kita akan mengadakan Jalan Salib. 

TempatMasaBahasa
Gereja St. Anthony  5.30 pm 6.45 pm 8.00 pmB. Inggeris B. Malaysia B. Iban  
Dewan Paroki St. Anthony  7.30 pmB. Cina
Rumah Penampak Kristus, Sg Plan8.00 pmB. Iban
  • 40 HARI PRAPASKA

40 Hari Prapaska adalah buku panduan harian membaca Alkitab yang ditulis oleh Fr. Andy untuk membantu anda Membaca, Merenung dan Berdoa Firman Tuhan dalam perjalanan Prapaska.  Buku ini boleh didapati di pintu masuk Gereja dengan harga RM 3 senaskah.   

  • MISA CARPARK DI GEREJA ST. ANTHONY

Tarikh:       26 Mac 2022 (Saturday)

Tempat:      Carpark Gereja St. Anthony

Masa:         8 pagi.  

Misa Carpark ini adalah HANYA untuk mereka yang uzur, sakit, dan dalam kumpulan risiko tinggi atau belum divaksin.  Booking adalah wajib (Nombor Booking: 0138112635)

  • SEKOLAN MINGGU

Pendaftaran untuk Sekolah Minggu (dari Kelas Tadika hingga Kelas Penguatan) akan diadakan pada:

Tarikh:     27 Mac 2022 (Hari Minggu)

Masa:       9.30 – 10.30 am

Tempat:   SK St. Anthony

Para ibubapa dikehendaki untuk membawa satu salinan dokumen berikut:

  1. Sijil Lahir, Sijil Baptis dan Komuni Pertama anak
  2. MyKad Ibubapa
  • KELAS PENGUATAN UNTUK ORANG DEWASA DALAM BM

Kelas akan bermula pada Khamis, 17 Mac 2022.  Sila daftar di Pejabat Paroki sebelum Isnin, 14 Mac 2022 dengan membawa satu salinan dokumen berikut:  Sijil Lahir dan MyKad, Sijil Baptis, Sijil Komuni Pertama. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *