NOTIS GEREJA HARI MINGGU BIASA KE- 21 (22HB OGOS 2021)

Dibaca oleh Komentator 10 minit sebelum Misa bermula:

Saudara dan saudari dalam Kristus,

Memandangkan kita telah mulai membuka kembali gereja-gereja di paroki kita, adalah penting untuk senantiasa mematuhi SOP norma baharu:

  1. Wajib menggunakan pelitup mulut
  2. Kerap membasuh tangan sama ada dengan menggunakan sabun dan air atau pembersih tangan.
  3. Mengekalkan penjarakan fizikal antara satu sama lain sekurang-kurangnya 1 meter di sepanjang masa. 

Bagaimana kita mengekalkan penjarakan fizikal 1 meter semasa Misa berlangsung?

  1. Sila duduk di tempat yang telah ditetapkan. Gunakan lorong tengah sahaja untuk ke tempat duduk anda. Ini adalah untuk mengelakkan laluan bersilang dengan umat lain.
  2. Jika anda perlu keluar dari tempat duduk anda, sila minta umat yang duduk di sebelah anda untuk berdiri supaya anda boleh keluar. Jangan melintasi umat lain kerana ia akan menyebabkan penjarakan fizikal tidak diamalkan.
  3. Semasa komuni, umat yang tidak menerima komuni perlu turut serta berbaris bagi mengekalkan penjarakan fizikal yang teratur sepanjang misa.
  4. Selepas paderi tunduk di altar setelah Misa selesai, para warden akan mengiringi umat yang berada di barisan belakang untuk keluar daripada gereja terlebih dahulu. Umat tidak digalakkan untuk membuat doa peribadi selepas Misa buat masa ini kerana ia akan mengganggu proses keluar gereja. Kami meminta semua umat memberi kerjasama dan sabar menunggu giliran untuk keluar supaya kita dapat mengekalkan penjarakan fizikal sepanjang masa.


  1. MISA ARWAH GABUNGAN

Misa Arwah Gabungan untuk bulan Ogos adalah pada hari Jumaat, 27 Ogos 2021 pada pukul 7.00 pagi semasa misa harian dalam talian. Sila mendaftar di Pejabat Paroki atau melalui WhatsApp ke 0162248126 sebelum hari Rabu, 25 Ogos 2021. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk kepada laman web paroki.

2. KURSUS ONLINE RCIA DAN PENGUATAN UNTUK ORANG DEWASA

Pendaftaran untuk Kursus Online RCIA dan Penguatan dalam Bahasa Malaysia sedang dibuka untuk orang dewasa yang ingin menerima Sakramen Pembaptisan dan Penguatan.  Kursus Online akan bermula pada awal bulan September.  Untuk mendaftar, sila hantar nama melalui Whatsapp ke nombor telefon paroki di 0162248126.  

3. Kursus online pra-perkahwinan

Kursus Online Pra-Perkahwinan dalam Bahasa Malaysia akan diadakan pada Hari Sabtu, 18 September 2021.  Pasangan yang ingin mengikuti kursus ini boleh mendaftar melalui Whatsapp ke nombor telefon paroki di 0162248126.  

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *