- PANDUAN TERKINI UNTUK MENGIKUTI MISA
Bermula pada bulan Oktober 2021, para umat, termasuk para remaja yang ingin mengikuti Misa Hari Minggu mesti telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin. Sila hantar sijil vaksinasi apabila anda membuat tempahan untuk Misa.
- KEHADIRAN DALAM MISA
Kami memohon kepada semua yang telah menempah Misa Hari Minggu supaya hadir ke Misa tersebut. Jika anda tidak dapat datang, sila hubungi orang yang mengendalikan tempahan supaya tempat anda dapat diberikan kepada orang lain.
Memandangkan bahawa pihak yang berkuasa telah berhenti membuat ‘contact tracing’, adalah menjadi tanggungjawab kita sendiri untuk memastikan bahawa kita semua selamat dan sihat sepanjang masa.
Jika anda telah berada dalam kontek rapat dengan kes positif Covid, sila amalkan kuarantin sendiri selama 2 minggu, buat ujian saringan dan diminta untuk tidak datang ke Misa. Jika anda adalah tidak sihat atau mempunyai gejala demam, batuk, sakit tekak, selesema atau kesukaran bernafas, diminta untuk tidak datang ke Misa.
- BULAN OKTOBER, BULAN ROSARI
Kepada sesiapa yang ingin ikut serta dalam Doa Rosari atas talian dalam BM yang dikendalikan oleh BM HCG sepanjang bulan Oktober ini, boleh menghubungi nombor paroki di 0162248126.
- TINJAUAN DAN SOAL SELIDIK MUDA-MUDI
Paroki St. Anthony, Bintulu sedang mengendalikan satu tinjauan untuk mengenal muda-mudi Katolik di Bintulu dan membantu mereka dalam memenuhi keperluan rohani mereka supaya sama-sama kita dapat menubuhkan kumpulan muda-mudi paroki. Semua muda-mudi berumur 13-40 tahun adalah digalakkan untuk ikut serta dalam tinjauan ini. Anda dapat mengisi tinjauan ini melalui “google form” atau menghantar gambar borang tinjauan yang telah diisikan ke nombor paroki 0162248126. Tinjauan ini akan berakhir pada 31 Oktober 2021.
- PEMBERKATAN HAIWAN-HAIWAN
Kita akan mengadakan pemberkatan haiwan-haiwan pada Isnin, 4 Oktober, Hari Perayaan Santo Fransiskus dari Assisi, santo penlindung haiwan-haiwan dari 8.30 pagi – 4.30 petang. Sila hubungi Pejabat Paroki di 0162248126 untuk menempah masa untuk pemberkatan.
Untuk maklumat lanjut tentang semua pengumuman Gereja, sila rujuk ke lawan web dan FB paroki.
Fr. Andy Lee
Gereja St. Anthony, Bintulu
