Berita Gerija Hari Minggu Ke-33 Musin Selama Taun B (14hb Nov 2021)

  • KEHADIRAN SEMASA MISA DITAMBAH KE 200 ORANG

Bermula dari 28 November 2021 (Hari Minggu Adven yang Pertama), kita akan menambahkan kehadiran semasa Misa dari 100 ke 200 orang untuk semua Misa (termasuk Misa harian) di Gereja St. Anthony dan Stella Maris.  Akan tetapi, para umat masih perlu membuat penempahan (booking) untuk Misa Hari Minggu seperti biasa.  Untuk Misa Perkahwinan dan Pengebumian, kehadiran maksimum masih kekal 100 orang sahaja.    

  • SOALAN TINJAUAN UNTUK SYNOD PARA USKUP

Kertas soalan tinjauan ini boleh didapati di pintu masuk Gereja.  Sila kembalikan soalan tinjauan yang telah dijawab ke dalam kotak synod (di pintu masuk Gereja) atau ke Pejabat Paroki sebelum 1 Januari 2022.  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan notis Gereja. 

  • MISA ARWAH GABUNGAN DALAM BULAN NOVEMBER

Misa Arwah Gabungan yang akan datang adalah pada Hari Jumaat, 19 dan 26 November di Misa Harian pukul 7 pagi di Gereja St. Anthony.  Sila isikan sampul surat persembahan Misa untuk para arwah dan letakkan ke dalam kotak di pintu masuk Gereja.  Anda boleh juga mendaftar di Pejabat Paroki atau Whatsapp ke 0162248126. 

  • pembaptisan bayi (5 tahun dan ke bawah) dalam BM

Ibu bapa yang ingin supaya bayi mereka dibaptiskan boleh mendaftar di Pejabat Paroki.  Tarikh tutup untuk pendaftaran adalah 30 November 2021.  Kursus dalam talian akan diadakan dalam bulan Disember 2021. 

  • PENCALONAN UNTUK AHLI MAJLIS PAROKI (PARISH COUNCIL) YANG BARU

Para umat yang berusia 18 tahun ke atas adalah dijemput untuk mencalonkan umat dari paroki ini yang dapat menjadi calon yang baik untuk disertakan dalam undi memilih ahli Majlis Paroki (Parish Council) yang baru untuk 2022-2024: para umat dari Misa Cina, BM dan Inggeris diminta mencalonkan 4 calon, manakala para umat dari Misa Iban diminta mencalonkan 8 calon.  Seramai 20 calon akan dipilih untuk dimasukkan ke dalam kertas undi.  Borang pencalonan akan diedarkan pada Hari Minggu hadapan (21/11).  Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada papan notis Gereja.  

Fr. Andy Lee

Gerija St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *