MINGGU PASKA YANG KEEMPAT (C)

(8HB MEI 2022)

  1. SOP DARI JPBN BERKUATKUASA 1 MEI

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak telah mengeluarkan SOP yang baharu dan lebih longgar berkuatkuasa 1 Mei 2022.  Oleh itu, sila ambil perhatian perubahan berikut di semua gereja: 

  • Penjarakan fizikal tidak lagi diperlukan. 
  • Tidak perlu untuk membuat penempahan untuk Misa.
  • Tidak perlu check-in dengan MySejahtera atau buku rekod.
  • Tidak perlu menyemak status vaksinasi
  • Tidak ada lagi Misa carpark
  • Tidak ada lagi live streaming untuk Misa
  • Akan tetapi, memakai pelitup muka masih wajib di dalam kawasan Gereja.   
  1. RETRET TAHUNAN PARA PADERI

Para paderi akan mengadakan retret tahunan mereka dari 9 – 13 Mei 2022 di Sibu.  Tidak ada misa dan holy hour di Gereja Stella Maris pada Rabu, 11 Mei.  Akan tetapi, misa harian dan holy hour adalah seperti biasa di Gereja St. Anthony. 

  1. SEKOLAH MINGGU

Sekolah Minggu diadakan semula pada Hari Minggu hadapan, 15 Mei 2022. 

  1. BUKU NOVENA KEPADA ROH KUDUS

Buku Novena kepada Roh Kudus boleh didapati dari Kedai Buku Paroki atau dari ketua BM home cell group dengan harga RM 4 senaskah.  Buku I mengandungi doa-doa Novena manakala Buku II mengandungi 9 ajaran tentang tema: “Berkenalan dengan Roh Kudus”.  Kedua-dua buku ini akan digunakan semasa Novena kepada Roh Kudus yang akan diadakan dari 27 Mei – 4 Jun 2022.  Setiap keluarga digalakkan untuk mendapatkan senaskah. 

  1. MISA GAWAI

Tarikh:    24 Mei 2022 (Selasa)

Tempat:   Gereja St. Anthony

Masa:      8.00 pm

Semua adalah dijemput untuk datang dan memberi kesyukuran kepada Tuhan. 

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk papan notis Gereja atau laman web dan FB Paroki 

Fr. Andy Lee

Gereja St. Anthony, Bintulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *